Komen Membawa Padah Kepada Seorang Pembantu Kedai - Denda 10K dan Penjara 3 Bulan.



Komen Membawa Padah Kepada Seorang Pembantu Kedai. Dipenjara 3 Bulan atau Denda 10K Kerana Hina Polis.

Pembantu kedai yang menghina polis di media sosial pada 27 Mac lalu mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini.

Tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Murtazadi Amran. Sekiranya tertuduh gagal membayar denda yang dikenakan, dia akan dikenakan tambahan penjara sebanyak dua bulan lagi. Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira menggunakan laman Facebook profil, Sahira Eyraa secara sedar telah membuat penghantaran komunikasi jelik pada 27 Mac 2020 kira-kira 8.30 malam sehingga 10.12 malam.



Nursahira didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara tidak lebih tempoh satu tahun atau keduanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Sumber : Sinar Harian

0 Response to "Komen Membawa Padah Kepada Seorang Pembantu Kedai - Denda 10K dan Penjara 3 Bulan."

Post a Comment