Kuala Lumpur – Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah, Abdul Rani
Kulup menafikan dirinya merupakan individu yang ditahan pihak polis
berhubung ancaman rogol terhadap aktivis dan peguam Siti Zabedah Kasim
yang lebih dikenali sebagai Siti Kasim.
Abdul Rani ketika menghubungi MassaTV sebentar tadi berkata, walaupun marah dengan kenyataan Siti Kassim sebelum ini yang sering ‘menyerang’ institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan sebagainya, namun pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang komen yang berbaur ugutan seperti yang dilaporkan itu.
“Memanglah saya marah dengan kenyataan dia yang (sebelum
ini) sering menyerang dan menghina Jakim, Jawi dan sebagainya, tapi saya
belum tergamak nak cemarkan maruah dan martabat diri saya dengan
merogol dia.
“Apa ingat saya tak ada ‘taste’ (selera) kah?
“Bukan
sahaja saya, malah orang asli sendiri belum tentu ada selera nak rogol
perempuan macam tu,” katanya ketika mengulas mengenai khabar angin
kononnya dia merupakan individu yang ditangkap pihak polis berhubung
ancaman tersebut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh
Ishar Singh semalam mengesahkan pihaknya telah berjaya menahan seorang
lelaki tempatan kerana dipercayai membuat ancaman terhadap Siti Kasim,
melalui media sosial baru-baru ini.
Menurut Amar suspek tersebut akan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Sementara
itu Rani turut mengesa agar pihak berkuasa turut menahan serta
memberikan kursus ‘pemulihan akidah’ terhadap Siti Kassim.
“Saya menyeru Jakim, Jawi dan sebagainya segera menahan dan melakukan siasatan terhadap Siti Kassim, bukan tangkap Raja Bomoh.
“Selepas
tangkap beri ‘kursus’ dakwah dan pemulihan akidah agar dia boleh segera
bertaubat dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam,”
tegasnya pula.
Beberapa hari lalu, peguam yang pernah mencetuskan
kontroversi, terutama apabila membabitkan isu berkaitan perundangan
Islam, membuat laporan polis berikutan ancaman yang diterimanya.
Dia
mendakwa menerima pelbagai ancaman serius seperti mahu merogolnya,
menyimbah asid ke wajahnya, merejamnya dengan batu, dan juga ancaman
untuk memancungnya. – MassaTV
Ayahanda- nya nak CT Kassim tu? Common Ayahanda-nya, I am sure you can do better. Don't let us ( your supporters ) Pompuan tak der kerlass tu, Ayahanda-nya???
ReplyDelete