KUALA LUMPUR – Kerajaan dan pihak berkuasa polis diminta
mempertimbangkan semula hukuman penjara ke atas semua pesalah-pesalah
sepanjang Op Covid-19 yang dilaksanakan semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
Datuk Suraj Singh yang bertindak sebagai peguam bela seorang wanita
yang memaki hamun polis semasa sekatan jalan raya di Persiaran Surian
pada 31 Mac lalu itu berkata, kerajaan tidak wajar menghukum setiap
pesalah pertama dengan hukuman penjara.
Sebaliknya, beliau mencadangkan supaya hukuman ringan seperti khidmat komuniti bersifat kemasyarakatan perlu dilaksanakan. Katanya, beliau memahami keadaan yang sedang dilalui kerajaan tetapi tetapi bukannya menghantar pesalah ke penjara.
Beliau mendakwa anak guamnya, Tong Poh Kim kini dalam keadaan panik dan takut.
“Kami juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula kes
sebegini kerana sejak kebelakangan ini banyak dibuat dan pihak kerajaan
perlu mengambil kira mereka yang ditangkap ini bukan penjenayah berat.
“Mereka bukan penjenayah serius yang melakukan kesalahan-kesalahan
berat, yang perlu diasingkan daripada masyarakat seperti kes jenayah
berat samun, kes rompak ataupun kes-kes rogol kita faham,” katanya
kepada pemberita di pekarangan mahkamah Petaling Jaya pagi tadi.
Tertuduh yang berusia 44 tahun hadir ke Mahkamah Majistret bersama
saudaranya sekitar 8.30 pagi bagi menghadapi pertuduhan menghalang
penjawat awam bertugas dalam sekatan jalan raya baru-baru ini
.
Wanita itu menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun
Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen
14 Akta Kesalahan Kecil-Kecil 1955 kerana mengucapkan perkataan tidak
sopan kepada penjawat awam.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua
pertuduhan tersebut sebelum dibenarkan ikat jamin RM1,000 untuk tuduhan
pertama dan RM3,000 dengan seorang penjamin untuk tuduhan kedua. Hakim Nurshahira Abdul Salim menetapkan 20 Mei sebagai tarikh serahan dokumen kes dan sebutan semula.
Tambahnya, tujuan hukuman dijatuhkan terhadap pesalah bertujuan untuk
menginsafkan mereka dan mempersoalkan apakah menjatuhkan hukuman
penjara untuk kes-kes seperti ini adalah munasabah.
Ini kerana, kata peguam bela itu, tindakan tegas sedemikian hanya menambah ketakutan rakyat.
0 Response to "Maki Polis Bukan Kesalahan Berat - Peguam"
Post a Comment