Hampir 900 Kematian C19 di italy dalam tempoh 24 Jam.



 PERBATASAN YANG MENYERAMKAN

Itali kini telah merentasi perbatasan 10,000 yang menyeramkan.
Kematian di Itali kini adalah 10,023 orang dimana kematian terbaru berjumlah 889 orang.
Jumlah kematian adalah tertinggi didunia, tiga kali ganda dari jumlah kematian di Cina, pada kadar purata semua jantina dan peringkat umur adalah 10.8% lebih dua kali ganda dari kadar purata kematian dunia.

51 orang doktornya telah meninggal dan 5,000 orang pekerja kesihatan telah dijangkiti virus.
Kenapa ini semua boleh terjadi kepada negara dengan ekonomi kelapan terbesar didunia dan mempunyai sistem kesihatan antara tercanggih didunia?
Apabila serangan virus adalah pantas, ketumbukan demi ketumbukan dari berbagai arah dengan jangkitan yang ramai pada sesuatu masa, tidak ada satu sistem kesihatan didunia dapat bertahan daripadanya.



Namun virus di Itali sudah lama berada dikalangan mereka tanpa mereka sedari dibawa oleh penduduk tetap dan pelancung Cina diutara Itali.

Terdapat 320,794 (banci 2018) pendatang Cina di Itali kebanyakan mendiami kawasan Lombardy, tempat bermulanya jangkitan, Tuscany dan Veneto.

Malah ada banyak penerbangan dari Wuhan Ke Milan, ibukota wilayah Lombardy, antaranya sekitar 17 jam penerbangan layover di Munich dan Beijing ikut Lufthansa. Mereka sering berulang-alik Ke Cina.

Milan merupakan tumpuan terbesar pendatang dari Cina berjumlah 18,918 atau 1.43% dari jumlah penduduknya. Mereka semua masih memegang kerakyatan Cina.

Di Milan terdapat Chinatown selain dari di Rome dan Prato, wilayah Tuscany.

Namun kesilapan besar mereka adalah apabila diketahui dengan pasti Coronavirus telah mula muncul dengan ketara, politiciannya mengambil sikap “complacency”, meminta rakyat tidak menghiraukannya demi mempertahankan cara hidup mereka.

Liga bolasepak dan berbagai perhimpunan menonton sukan dan hiburan, berkerumun dipantai ketika cuaca Feb mulai semakin panas, budaya bertumpu di Cafe, minum minum di club dan bergembira beramai ramai di majlis semuanya menyumbangkan kepada penularan virus.

Bukan itu sahaja malah mereka menjadikan Coronavirus tersebut sebagai bahan gurauan.

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

Marilah kita menyusur denai sejarah dan kembali Ke Itali 673 tahun yang lampau.

Serangan Wabak “Black Death” pada tahun 1347-1351 melumpuhkan Itali selama 200 tahun juga dikatakan berasal dari Cina. Malah Florence bandar dimana bermulanya “Old Renaissance “ hanya pulih semula pada awal abad ke19.

Pada tahun 1338 penduduk di Florence, diwilayah Tuscany di Itali Tengah berjumlah 120,000. Hanya 50,000 orang yang masih hidup pada tahun 1351 apabila wabak berakhir.

Black Death 💀 adalah kerana bacterium Yersinia pestis yang dibawa oleh hama dari tikus. Ia masuk Ke Itali dari Cina menjangkiti kelasi kapal dagang Itali dari Semenanjung Crimea setelah melalui “Silk Road (Jalan Sutera)” dari Cina.

#CP #Whatsapp

0 Response to "Hampir 900 Kematian C19 di italy dalam tempoh 24 Jam."

Post a Comment