Ramai inginkan emma berhijab.



“Alhamdulillah, kerjaya seni saya setakat ini kekal berjalan dengan baik. Apa sahaja kontroversi yang sudah berlaku, itu adalah hal peribadi dan tiada kaitan dengan karier saya sebagai pelakon”

Hampir dua bulan Emma Maembong membuat keputusan untuk membuka tudung, beliau bersyukur biarpun tindakannya itu mengundang kebencian peminat namun ia tidak menjejaskan tawaran berlakon yang semakin melimpah.

Apa yang Emma dapat?

“Sejak kebelakangan ini tawaran lakonan semakin banyak, namun saya fokus satu projek pada satu masa. Bagi saya, kualiti lakonan meningkat dan masa saya lebih terurus apabila memilih cara begini,” jelasnya.

Sebaliknya, Emma mengakui tawaran berlakon semakin banyak biarpun beliau kini sudah tidak bertudung. Buat Emma, mungkin membuka tudung selepas lima tahun merupakan ujian buatnya namun beliau turut dikurniakan rezeki lain.

Dalam masa yang sama, Emma memberitahu tidak pernah rasa menyesal dengan tindakannya membuka tudung biarpun terpaksa mendukung kecaman orang setiap hati. Jelasnya tindakan itu biarlah menjadi urusannya dengan Allah.


“Saya Tahu Ramai Inginkan Saya Berhijab, Tapi…”

Baru menyambut ulangtahun kelahiran ke 27 tahun, Emma Maembong meminta agar peminat tidak berterusan mengecamnya kerana tidak berhijab, sebaliknya memberikan kata-kata positif untuknya berubah suatu hari nanti.

“Saya tahu, di luar sana ramai yang mahu saya mengikut kehendak mereka supaya berubah dan kembali bertudung. Saya berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik”
“Namun, jangan pula saya dikecam apabila masih belum dapat memenuhi harapan dan permintaan mereka. Saya tidak mampu memuaskan hati semua pihak. Saya sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik”

Berkesempatan menjejakkan kaki ke Mekah baru-baru ini, ramai mengharapkan Emma kembali istiqamah dan berhijab. Bagaimanapun Emma memberitahu, buat masa ini beliau masih belum berupaya menunaikan permintaan peminatnya.
“Usahlah mengecam, sebaliknya berikan sokongan dan sebarkan aura positif. Selepas empat tahun, perancangan saya Makkah dipermudahkan. Biarpun ada yang meragui niat saya namun saya tetapkan juga hati ke sana,” jelasnya.


Pengalaman umrah

Bercerita soal sambutan hari lahir yang menginjak ke usia 27 tahun, Emma mengucapkan rasa syukur apabila diberi peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah hujung bulan lalu.

Kata Emma, biarpun perasaannya bercampur baur sebelum berangkat ke Mekah namun, rasa tersebut hilang sebaik sahaja tiba di sana. Dia juga berasa teruja kerana sempat menyambut ulang tahun ke-27 yang jatuh pada tanggal 27 Mac lalu di depan Kaabah.

“Ramai yang mempertikaikan keputusan saya untuk menunaikan ibadah umrah pada usia muda, alasan yang diberikan adalah saya akan menyesal kerana insaf awal.

“Bagi saya, semua itu mengarut malah, beruntung jika pada usia muda kita sudah mempunyai kesempatan dan rezeki untuk ke rumah Allah. Segala urusan ibadah lebih mudah untuk dilakukan kerana masih gagah dan bertenaga,” katanya yang bersyukur kerana semua urusan umrah dipermudahkan oleh Allah.

Menerima panggilan untuk ke Tanah Suci selepas mengambil keputusan menanggalkan hijab, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu juga tidak menyesal dengan apa yang berlaku serta tidak rasa terbeban dengan perubahan yang diharapkan masyarakat sekembalinya dia dari Mekah.

Tambahnya, apa sahaja yang berlaku sebelum atau selepas keputusannya membuka hijab biarlah menjadi rahsia yang dihitung oleh Allah.

“Saya tidak membaca semua komen yang ditinggalkan oleh netizen dalam laman sosial kerana enggan membebankan diri sendiri dengan sesuatu yang saya tidak boleh kawal.

“Mungkin saya diberi ujian dengan keputusan membuka tudung, namun pada masa sama, rezeki saya dijemput ke rumah Allah tiba selepas dugaan tersebut,” tuturnya yang berhati-hati dalam menyusun kata.



0 Response to "Ramai inginkan emma berhijab."

Post a Comment