Jemaah Jepun Bersama Korea & China Menunaikan Ibadah Haji. (Video)


Jepun negara ‘islam’ yang tidak mempunyai orang islam
Negara Jepun merupakan seolah-olah “sebuah negara Islam tanpa adanya orang Islam (muslim)”. Kenyataan ini bermaksud kebanyakan ajaran Rasulullah SAW nampaknya dipraktikkan oleh orang Jepun walaupun mereka tidak beragama Islam. Lihat sahaja orang Jepun.

Antara sifat-sifat positif orang Jepun ialah seperti rajin dan tekun bekerja, menjaga kebersihan, bersopan santun, menjaga alam sekitar, menghormati jiran dan tetamu, menjaga kualiti hasil kerja, mentaati orang tua, isteri setia dan taat kepada suami, menepati masa, bersatu padu dan suka bergotong royong, semangat mengekalkan tradisi warisan dan lain-lain lagi. Sifat yang paling terkenal dikalangan orang Jepun ialah menjaga kebersihan.



Di Jepun dari kecil lagi sudah diajar mementingkan kebersihan.
Gaya orang jepun mengucapkan selamat sejahtera antara satu sama lain.
Contoh gaya hidup makanan yang sihat di jepun.

Semua sifat-sifat ini diajarkan oleh Rasulullah tetapi malangnya ia sangat kurang dipraktikkan di negara umat Islam sendiri. Itulah sebabnya Jepun dikatakan sebagai “sebuah negara Islam tanpa adanya orang Islam (muslim)”.

“Aku menyaksikan nilai-nilai Islam tumbuh di negeri bukan Islam, namun aku tidak melihat Islam di negeri orang Islam sendiri”-Syeikh Muhammad Abduh

-Sumber : http://www.melancongkejepun.com

Click Video 


1 Response to "Jemaah Jepun Bersama Korea & China Menunaikan Ibadah Haji. (Video)"