Macam-macam kisah rumah tangga



sy masih isteri dia. Tp sekarang, sy dah tinggal berasingan dengan suami. Dah hampir sebulan sejak lepas raya hari tu. Cerita bermula bila suami mula berkenalan dengan seorang janda anak 2 dipusat karoke. Memang sejak suami sudah pandai berjinak2 dengan karoke rumah tangga kami porak peranda. Boleh kata hampir setiap hari kami akan bergaduh sbb sy tak puas hati suami balik lewat pagi dan ade hari yang langsung tak balik kerumah.

Sy seorang diri menguruskan 3 anak (8thn, 3thn, dan sorang lagi 5bulan). Satu hari tiba2 suami balik dari kg bersama perempuan tu dan dia bgtau pada sy dia nak kawin dengan perempuan tu. Sy terkedu sekejap tak tau nak ckp ape. Sy bgtau suami, bawak lah dia balik kerumah kami bermalam di rumah kami dulu sementara nak cari bilik sewa utk perempuan tu. 

Tp suami enggan dan book hotel utk perempuan tu. Selang 2-3 hari selepas tu baru sy sedia nak jumpa dengan perempuan tu. Sy pegi fetch dia kat IOI mall. bawak dia datang kerumah kami. bercakap dengan dia dan sy menangis depan dia minta supaya dia lepaskan suami sy. tp jawapan dia "kita cuba dulu"...bercucuran air mata saya bila ia kata nak cuba dulu(maksudnya cuba dulu utk jd satu family). 


Jd kat situ sy dah dpt tangkap yg dia mmg takkan lepaskan suami sy. Sy baca wasap suami sy dengan dia berpapa mama bagai. suami saya pun dah mabuk cinta dengan perempuan ni dan tak mungkin akan lepaskan perempuan ni. Setiap malam dia berwasap. bila sy dah tido dia call pula bersembang sampai kul 2-3 pagi. hati isteri mana yg tak remuk.sy ambil keputusan utk balik ke kg sbb sy dah tak sanggup nak tgk dia duk wasap2 dengan perempuan tu. Perempuan tu pula tak bekerja, tak ade transport. Datang ke KL ni semua suami sy support dari tempat tinggal, makan minum hingga lah duit poket. Duit utk anak2 dia pun suami sy bagi. Sekarang sy dapat tau suami sy carikan dia kereta baru. Entah lah....sy dah puas pujuk suami sy dan sy juga bagitau perempuan tu kalau dia tak undur, sy akan buat aduan di pej agama berkenaan dengan gangguan orang ke3 dalam rumahtangga. Sekarang suami sy seperti ditimpa musibah. 

Biz dia slow dan skarang dia tak ade duit. Sy ade juga buat biz online. Perempuan tu nak join biz sy. Sy mcm pelik kenapa dia nak sangat join biz sy. bila sy suggest pd dia supaya bekerja, mcm2 alasan dia bagi. Tak nak berkerja dengan majikan sbb susah nak cuti katanya. Lepas tu sy ckp dengan dia buat biz online la. Sbb dia pernah keja kat spa, sy ckp buat massage org bersalin ke...dia ckp tanak buat keja yg kena kluar2 rumah. Nak duduk dlm rumah je...letih sy nak hadap dia yg banyak alasan. mula2nya saya dah boleh terima dia utk masuk dalam keluarga kami. Tp bila sy nampak dia byk alasan, sy jd curiga. 


Sekarang dia kat sana dengan suami sy dan sy dengan anak2 di kg. Biz online sy pula tiba2 melonjak sejak sy balik kg. Sedih mmg sedih sbb suami langsung tak call tanya pasal saya dengan anak2. Duk sibuk nak isi borang poligami. Tp duit tak ade. nafkah anak2 suami hanya bagi RM500 sj. Sedangkan dia bank in pada perempuan tu RM1150. Sy skrang dlm proses tuntut fasakh. Tp tak mudah utk tuntut fasakh. Mohon semua warga KRT doakan urusan sy dipermudahkan.


1 Response to "Macam-macam kisah rumah tangga"