Data USA kene HACK dengan China




Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan seorang pelancong China di Los Angeles kerana dipercayai terbabit dengan konspirasi kecurian rekod pelepasan keselamatan berjuta-juta penjawat awam negara itu. Jurucakap Jabatan Hakim berkata, Yu Pingan telah ditahan pada 21 Ogos lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles susulan aduan dibuat bahagian jenayah persekutuan. 


Menurut jabatan itu, Pingan dituduh bersekongkol dengan pihak lain menggunakan perisian pelbagai guna dikenali sebagai Sakula untuk menggodam. Perisian itu dikenal pasti pernah digunakan untuk menceroboh maklumat Pejabat Pengurusan Kakitangan AS. - REUTERS



0 Response to "Data USA kene HACK dengan China"

Post a Comment