Pecah Amanah dana rakyat miskin RM180 juta, bekas pegawai kanan kementerian direman


PUTRAJAYA – Bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian direman enam hari bagi membantu siasatan penyelewengan dana bernilai hampir RM180 juta.
Wanita berusia 40 tahun itu adalah antara tiga individu yang ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dia ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 8.15 malam tadi.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Aida Khairuleen Azli di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Dua lagi yang ditahan di pejabat SPRM Sabah semalam ialah pemimpin kanan Parti Warisan Sabah dan ahli perniagaan berusia 52 tahun.

Setakat ini, SPRM sudah membekukan akaun bank bernilai hampir RM180 juta milik lebih 10 syarikat di Sabah bagi membantu siasatan kes terbabit.



Teruskan Usaha Kamu SPRM. Tangkap dan Dakwa. Jangan Lepas Puak-Puak Musuh Negara.
 


0 Response to "Pecah Amanah dana rakyat miskin RM180 juta, bekas pegawai kanan kementerian direman"

Post a Comment