Media Amerika Cuba Kaitkan Islam Tapi di Bidas FBI - Video Dan Photo


LAS VEGAS: Penyerang Las Vegas, Stephen Craig Paddock, yang menyeludup masuk senjata ke dalam hotel dan melepaskan tembakan rambang kepada pengunjung konsert dari tingkap bilik hotel di tingkat 32, dikatakan seorang kaki judi tegar. Bapanya pula pernah merompak bank dan disenaraikan antara individu paling dikehendaki Biro Siasatan Persekutuan (FBI).



Akauntan bersara berusia 64 tahun itu mempunyai rumah dengan teman wanitanya di lapangan golf di Mesquite, Nevada, 130 kilometer ke timur laut pusat perjudian Amerika Syarikat. Dia dikatakan kerap menghantar biskut kepada ibunya yang berusia 90 tahun di Florida. Menurut adik lelakinya, Eric Paddock, abangnya tidak menunjukkan sebarang petanda mahu melakukan antara jenayah pembunuhan beramai-ramai paling buruk dalam sejarah AS.

Daesh mendakwa Paddock adalah antara 'tenteranya' yang memeluk Islam sejak beberapa bulan lalu dan melancarkan serangan atas nama Islam. Ia memberikan nama Abu Abdel Bar al-Amriki kepada Paddock, bermakna 'Si Amerika'. Namun FBI berkata, mereka tidak nampak sebarang kaitan antara Paddock dengan pergerakan pengganas itu menyebabkan negara itu dalam kebingungan memahami motif kejadian malam kelmarin, yang meragut 59 nyawa dan lebih 500 lagi cedera.

Paddock ditemui mati, dipercayai membunuh diri, apabila pasukan SWAT menyerbu biliknya di Hotel Mandalay Bay, antara hotel terkemuka di Las Vegas. - AFP



0 Response to "Media Amerika Cuba Kaitkan Islam Tapi di Bidas FBI - Video Dan Photo"

Post a Comment