“Saya tak pernah mengadakan hubungan seks sebagai seorang suami
dengan Siti Arifah. Timbul keraguan mengenai status pernikahan saya
bersama Siti Arifah berdasarkan beberapa faktor yang kuat.
“Biarpun selepas majlis pernikahan kami selesai, dia gagal
menunjukkan surat cerai perkahwinannya yang lalu dan saya mengambil
keputusan untuk tidak menyentuhnya,” kata Hafiz.
Meragui pernikahan mereka yang berlangsung pada 1 Mei 2017 yang lalu, Hafiz juga tidak mengakui Joy sebagai isterinya.
Menerusi sebuah sidang media yang berlangsung di pejabat urusan
Arteffects International sebentar tadi, Hafiz memberikan kenyataan yang
mengandungi 13 perkara berkenaan dengan kemelut yang melanda dirinya
bersama Joy.
Berikut merupakan kenyataan Hafiz:
“KENYATAAN MEDIA HAFIZ HAMIDUN.Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.
1. Siti Arifah binti Mohd. Amin (Siti Arifah) telah bernikah dengan
Mohd. Rayos bin Abdul Rahim (Mohd. Rayos) di Wilayah Songkhla, Thailand
pada 10 Januari 2013. Pernikahan ini disahkan oleh En. Mohd. Nasir
Awang, Konsul di Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pada 11 Januari
2013. Perkahwinan tersebut tidak didaftarkan di Malaysia dan ini diakui
sendiri oleh Siti Arifah.
2. Siti Arifah mengatakan kepada saya bahawa dia telah bercerai
melalui pesanan mesej aplikasi Whatsapp yang dikirim oleh Mohd. Rayos
bin Abdul Rahim. Berkali-kali dia katakan pada saya dokumentasi cerai
masih tiada dan mendakwa bekas suaminya tidak mahu selesaikan urusan
perceraian. Siti Arifah tahu ini akan menimbulkan masalah kepadanya pada
masa akan datang.
3. Pada setiap masa Siti Arifah mengetahui masih belum ada surat
perakuan cerai sehingga sebelum tarikh pernikahan lagi. Saya pada setiap
masa sudah mengambil langkah mengarahkan Siti Arifah menyelesaikan hal
surat perakuan cerai dengan bekas suaminya. Tetapi Siti Arifah tetap
tidak menyelesaikan sehinggalah beberapa hari sebelum hari pernikahan.
4. Pernikahan diteruskan setelah pihak Pejabat Agama Daerah Petaling
berpuas hati dengan pernyataan daripada pihak Siti Arifah bahawa
penceraiannya dengan suami sebelum ini telah berlaku. Pernikahan di
antara saya dan Siti Arifah dilangsungkan dengan akujanji Siti Arifah
untuk memberikan surat perakuan cerai perkahwinan terdahulu selepas
majlis akad nikah.
Walaubagaimanapun itu tidak bermakna saya sewenang-wenangnya
mengambil mudah hal ini lantas ia turut menimbulkan keraguan terhadap
status perkahwinan saya dan Siti Arifah. Setiap kali saya minta surat
perakuan cerai, ada saja alasan yang Siti Arifah berikan.
5. Oleh kerana kami telah gagal mendapat surat cerai tersebut dan
juga disebabkan keraguan yang timbul, saya bersama Siti Arifah telah ke
Songkhla pada 1 Jun 2017 bagi menguruskan Cerai Taklik di antara dia dan
bekas suami di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.
6. Permohonan cerai taklik Siti Arifah dan bekas suaminya telah
diterima oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan disahkan jatuh
talak satu pada 13 Julai 2017.
7. Pada 8 Ogos 2017 saya dan Siti Arifah telah ke Pejabat Agama Islam
Daerah Petaling untuk menyerahkan surat cerai taklik tersebut dan
menjalani siasatan bersama Pegawai Tadbir Agama Daerah.
Hasil siasatan mendapati bahawa Siti Arifah masih dalam ikatan
perkahwinan dari suami yang terdahulu ketika pernikahan kami yang
berlangsung pada 1 Mei 2017.
8. Laporan Pernikahan sepanjang dua muka surat telah dipanjangkan ke
Mahkamah Syariah Petaling untuk difaraqkan (dibubarkan) pernikahan
disebabkan pernikahan tidak sah kerana Siti Arifah masih isteri orang.
9. Hasil persetujuan bersama, permohonan faraq akan difailkan oleh
saya bukannya Siti Arifah. Saya bersetuju untuk mengambil tanggungjawab
ini. Pihak keluarga Siti Arifah yang turut berada di Pejabat Agama Islam
Daerah pada 8 Ogos 2017 juga turut memohon supaya prosedur ini
dijalankan secara tertutup.
10. Saya ingin mengesahkan bahawa pada pagi Isnin 21 Ogos 2017 saya
telah menyerahkan permohonan Faraq (pembubaran) nikah di antara saya dan
Siti Arifah di Mahkamah Syariah Daerah Petaling. Namun permohonan
tersebut tidak dapat didaftarkan kerana pihak Siti Arifah juga telah
membuat permohonan yang sama pada hari Jumaat 18 Ogos 2017 di Mahkamah
Syariah Shah Alam.
11. Lanjutan pemfailan permohonan faraq itu, saya telah pada 22 Ogos
2017 melantik Peguam Syarie, Tuan Haji Azmi bin Tan Sri Dr Mohd. Rais
dari firma guaman Zulkifli Yong Azmi & Co. bagi mewakili pihak saya
berhubung tuntutan faraq nikah yang telah difailkan oleh Siti Arifah.
12. Tidak ada sebarang keperluan untuk saya menjawab sebarang
persoalan yang timbul dari kenyataan pihak Siti Arifah kerana tiada
kepentingan awam dan ada fakta-fakta yang disembunyi serta dikelirukan.
13. Semoga urusan ini akan dipermudahkan dan kebenaran akan tetap
terbela. Tidak akan ada sebarang kenyataan lanjutan sementara menunggu
kes ini diselesaikan sebagai menghormati kredibiliti dan kearifan pihak
Mahkamah.
Mohammad Hafiz bin Hamidun
22 Ogos 2017
Damansara Perdana.”
22 Ogos 2017
Damansara Perdana.”
0 Response to "Saya Tak Pernah Sentuh Isteri Sebagai Seorang Suami - Hafiz Hamidun"
Post a Comment