Polis Sambung lagi Reman Suspek Bakar Tahfiz


POLIS akan menyambung reman bagi tujuh suspek yang ditahan berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, permohonan bagi menyambung reman kesemua suspek terbabit akan dilakukan esok bagi melengkapkan kertas siasatan.


"Permohonan bagi sambung reman akan dilakukan selepas tempoh reman selama tujuh hari diberikan sebelum ini berakhir esok.

"Bagaimanapun, tempoh sambung reman itu bergantung kepada keputusan diberikan oleh Timbalan Pendakwa raya," 

katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam kejadian 5.15 pagi Khamis lalu, 21 pelajar dan dua tenaga pengajar maut dalam kebakaran yang berlaku di tingkat tiga bangunan sementara pusat tahfiz terbabit.
Susulan itu, polis turut menahan tujuh lelaki berusia 11 hingga 18 tahun disyaki membakar pusat tahfiz berkenaan dan mereka direman selama tujuh hari bermula Sabtu lalu.



0 Response to "Polis Sambung lagi Reman Suspek Bakar Tahfiz"

Post a Comment