Pendapatan Uber Setiap Bulan




Haritu kawan aku ada share hasil dia buat uber. Pergh asyuk jugak income dia. Dulu dia buat part time je, sekarang di buat full time, jadi aku tanya la.

Berapa kau collect dari buat uber.
Max aku pergi RM 4,000 Bro. itu belum aku rekrut orang nak buat uber. Gaji aku engineer dlu Rm 2700 je. kalau plus aku rekrut. Seminggu ade la dapat RM 600. So income aku tiap-tiap bulan dekat RM 6,000. Itu smua la termasuk insentif ag.


Macam menipu je, aku dengar kawan aku ade jugak buat uber. Dia cakap tak untung. Minyak kete ag. Last dapat ciput je dengan penat.

Nak buat uber kene la rajin. Bila org request trus la deal. Kene la thu kat mane port yang hot ataupun yang banyak demand. Klu tak nak penat jangan buat tempat yang slalu jem. Buat la dekat KLIA ke, dapat flat rate RM 90 lg kalau dari airport. Cube kira kalau 3 kali trip. Tak ke RM 270 /sehari. +- minyak & tol RM 70. Dh dapat RM 200 sehari.


Saya punya kawan, dia buat klia je. Ade penumpang nak ke nilai je. Tp system uber dia tetapkan flat rate dari airport. Minyak pun jimat.

Ada sesetengah orang, dia tak buat uber pun dpt collect 600 sehari. Dia rekrut 3 org sehari. Seorang dia dapat RM 200. Dah syarat nak dapat RM 200 tu, orang yang direkrut tu buat 15 kali keje uber tu.
Nak rekrut senang je. Share link affiliate dia tu.

Bukan ade risiko ke buat Uber, ade sesetengah pemandu teksi yang marah
Kenape nak marah,.member aku pemandu teksi buat uber jugak. Diorang lg senang. Uber ni ko kene jaga service ko je. Nanti penumpang mesti rate ko 5 bintang.
Yang pasal ancaman tu, tak payah risau la. Kadang-kadang je jadi camtu. Ade jugak aku dengar kereta kene pecahkan cermin. Last2 uber ganti cermin bru, report semua kene ade la.

SPAD cmner bro, insurans xde lg.
Kerajaan siap sokong lg, aritu Menteri di jabatan Perdana Menteri buat uber secara part-time kononnya nak dekat dengan rakyat. Ade sekali tu, adik najib guna app uber. Senang katenye tak payah parking cepat.
Insurans xde la. Insuran kau sendiri la tanggung. Haha.


Macam mane nak PENUMPANG RATE kau 5 bintang.
Senang jer. Kau pasang lagu kegemaran penumpang kau. Contoh mat salleh, pasang lagu omputih, cina lagu cina. India lagu india. Tapi kau nak senang lagu orang putih je la, semua kaum boleh terima.
Lagi-lagi despacito. Cara layan kene baik-baik takleh kasar2.

Murah rezeki kau bro, ramai jugak member aku give up buat mende ni.
Niat cari rezeki kerana Allah bro. klu nak kaya tak kemana. Yang penting Halalan toyiban. Masyallah..haha


0 Response to "Pendapatan Uber Setiap Bulan"

Post a Comment