Ringkasan Cerita Inception setakat tahu. Inception adalah projek atau program untuk kegunaan tentera Amerika untuk memperolehi pengalaman perang melalui mimpi. Melalui projek ini, tentera akan bermimpi keadaan perang sebenar dan jika ditembak mereka akan terjaga serta merta. Kemudian diulangi mimpi sehingga mereka mahir dalam perang. Jadi kos untuk melahirkan seorang tentera bertaraf pro amat lah murah sekali dan menjimatkan masa. Masa di alam mimpi tidak sama di dunia sebenar.
Watak utama dalam cerita ini ialah Cobb. Dia di bayar untuk memasuki mimpi seseorang untuk memperolehi Rahsia, Strategi Perniagaan dan Kelemahan. Cobb di tugaskan untuk memasuki mimpi Saito untuk mengetahui tentang perniagaannya.
Cobb mempunyai masalah hubungan dengan isterinya, sehingga bayangan isteri nya selalu datang mengacau aktiviti Cobb walaupun isterinya telah meninggal dunia. Jiwa roh isterinya seperti memasuki minda Cobb.
Mimpi muncul datang daripada maklumat dalam otak manusia, seperti contoh orang yang kita sayangi kadang-kadang muncul di dalam mimpi kita
Di pertengahan cerita, saito berkerjasama dengan Cobb untuk mengolahkan rahsia musuh perniagaanya iaitu robert fischer. Robert Fischer seorang yang pernah di latih oleh USMC (United States Marine Corps) dan bila di alam mimpi dia mempunyai keadaan berjaga-jaga sangat kuat atau subconscious mind yang sentiasa menlindungi daripada ancaman. Sukar bagi Cobb memecahkan rahsia Robert Sehinggakan dia merangka mimpi di dalam mimpi.
Sehingga Mimpi di peringkat ketiga, cobb mengalami kesulitan apabila terdampar di dalam LIMBO - mimpi terbina dengan sendirinya . Cobb pernah berada di dalam LIMBO berpuluh tahun bersama isterinya. Mereka membina dunia mereka sendiri melalui imej bandar yang pernah mereka lawati. ingat , dunia mimpi walaupun berpuluh tahun tapi ianya hanya beberapa jam sahaja di alam realiti.
0 Response to "Kehidupan di Alam Mimpi | Cerita Inception"
Post a Comment